Backpacking to Iran (Intro)

Salam..

Akhirnya aku menggagahkan jari jemari untuk start menaip trip ke Iran, which was happen last year! Gila lama punya peram ni...padahal aku paling excited kot trip ni sebab negara rare *masa tahun 2016 lah* sebab agak susah nak cari info yang lengkap untuk travel ke Iran secara backpacking especially untuk solo female backpacker. Aku ada refer few travel blogs omputih yang agak membantu bila dah sampai Iran, tapi aku masih tak puas hati sebab aku nak tau few things sebelum ke Iran especially untuk rakyat Malaysia.

Disebabkan tak jumpa blog dari blogger Malaysia, aku meneruskan usaha dengan mencari dekat Instagram! Hehhh..berhasil jugak! Aku jumpa 2 orang female solo traveler yang dah pernah ke Iran, seorang dari Singapore iaitu Dinamalyana yang aku banyak tanya pasal accomodation & transport manakala seorang lagi dari Malaysia iaitu DarMansor yang aku refer pasal visa.

Backpacking to Iran (Highlights)

Ayuh kita mulakan serba sedikit cerita sebelum ke Iran yang aku sendiri tak expect untuk ke sana pada tahun 2016 sebab macam takde je dalam travel plan. Expect the unexpected! 


FLIGHT TICKET
Masa aku beli tiket ni AirAsia X agak baru je bukak direct route KL - Tehran dan aku tak pasti promo apa masa bulan Aug 2016 tu sebab return ticket cuma RM400 je ye! Untuk penerbangan 8 jam, harga itu betul-betul menarik! Langsung tak fikir panjang, terus proceed je beli tiket. 




ITINERARY
Sebelum fly aku memang takde itinerary yang details macam trip-trip sebelum ni sebab aku tak boleh nak gambarkan keadaan dekat sana, ini memang kerja gila! Kalau setakat SEA countries takde hal, ini Iran weh..betapa banyak negative news from mainstream media each time aku google 'Iran' tapi aku nekad jugak nak pergi. At that time aku letakkan trip ke India as a benchmark, almost 2 minggu dekat India boleh survive takkan dekat Iran tak boleh kot. Gittewww!! Penuh keyakinan ye seorang Hamadah..😅

Untuk trip 16 hari (13/11/2016 - 28/11/2016) ni, aku dah decide few cities yang aku nak cover since aku nak betul-betul explore Iran bukan sekadar nak brag, "heyy aku dah sampai Iran!"
Walaupun takde itinerary, aku adalah buat research jugak untuk route dekat Iran. Hellooo..tak bijak okay kalau travel tapi langsung tak buat research!

So basically, ni route aku kat Iran tapi ni pun last minute tukar masa dah sampai dekat Tehran lepas discuss dengan receptionist hostel. Ok itu nanti aku cerita lebih details dekat next entry.


Takde exact plan maknanya takde exact number of days nak stay kat each city, ikut gerak hati je..janji sampai balik dekat Tehran sehari sebelum flight balik KL.


ACCOMMODATION & TRANSPORTATION
Aku cuma book hostel dekat Tehran je sebelum fly, itu pun memang last minute booking sebab aku dapat tahu at least kena ada accomodation yang kita dah confirm untuk immigration tengok. Jadi aku pun book lah 1 malam dekat website Seven Hostel 
Untuk makluman, nak book hostel dekat Iran kena direct dekat website je okay, booking.com ke agoda ke memang takde senarai hostel! Tapi satu website ni boleh book untuk mana-mana hostel di Iran. Mudah bukan?

Manakal transportation pulak boleh guna website IranTTS untuk book intercity bus/train tapi mahal sikit berbanding beli dekat kaunter. Tapi yang bestnya ialah, tiket akan di hantar ke hostel bila beli thru website ni. 


CURRENCY
Iran menggunakan matawang riyal (IRR) tapi jangan haraplah duit Iran tu boleh tukar dekat money changer Malaysia. Jadi, penyelesaian nya ialah tukarkan duit ringgit ke USD/EURO dan bila dah sampai Iran barulah tukar dekat sana.
Aku pun tukar duit dekat money changer airport je, sebab rate boleh dikira murah and surprisingly diorang accept duit RM jugak untuk tukar! Cuma rugi sikitlah.

Dalam urusniaga menggunakan duit riyal ni, kebiasaannya jarang local menyebut atau letak tag harga dalam riyal..diorang akan menggunakan toman kerana nilai riyal tu kecil(banyak sangat 0) jadi jangan terkeliru okay?

TIPS: 10000riyal = 1000toman
TIPS: Make sure duit USD/EURO kau keras atau baru sebab money changer dekat sana memang tak pandang duit lama! Hampehhh je..


VISA & INSURANCE
Rakyat Malaysia tidak perlukan visa untuk ke Iran up until 30 days of stay. Iye, part visa ni lah yang paling crucial untuk aku sebelum pergi Iran sebabnya sebelum ni aku baca cuma boleh stay 15 hari je without visa. Aku kira travel duration aku 16 hari, gila kau tak gelabah! Aku siap call Iran embassy untuk confirmation okay dan dia cakap memang 15 hari je visa free untuk Malaysian. Ahh sudah! Extra 1 hari tu macam mana? Nak kena tukar date pulak ke? Tapi tahap confident seorang Hamadah tidak boleh dipertikai! Hahaha..aku siap plan hari ke 16 tu nak stay kat airport terus kalau tak boleh apply VOA. 😅

Kebanyakan travel insurance memang tak cover ye untuk perjalan ke Iran, maka jalan penyelesaian nya ialah sila beli insurance dekat airport once arrived. Iye lah kalau apa-apa jadik, at least ada insurance kan. Insurance berharga USD16 dan mamat dekat kaunter tu paw USD1. Sabarrr je lah..-_-


ATTIRE
Sebagai sebuah negara Islam perlu diingatkan bahawa Iran ada dresscode untuk rakyat negara mereka maka secara tak langsung, tourist pun kena follow jugak kalau tak boleh kena saman ye!
Female must cover their head with scarf and wear long-sleeves top that long enough to cover their butt.
Male must wear long pants or at least pants that below their knees.



Ok, aku rasa cukuplah info-info dekat atas ni sebagai intro trip ke Iran manakala yang selebihnya aku akan cerita dekat entry seterusnya.

Comments

Popular posts from this blog

RESEPI : No-bake Cheesecake (basic)

Backpacking to Perth, Australia (Part 1)

Backpacking to Perth, Australia (Part 2)