Backpacking to Chiang Mai (Part 3)

Haii guysss! Amacam raya? Baju semua masih muat ke? hahahaha..
Aku tau korang yang masih dalam mood beraya sementara nak tunggu pergi open house tu, marilah baca entry ni santai-santai sambil sumbat kuih tart nenas.


Day 3 - Wednesday (04/05/2016)

Good morning Chiang Rai! Sebelum gosok gigi tu boleh baca entry Part 2 dulu untuk mengingatkan kembali kegigihan aku. Hahahaha!

Aku perlu keluar awal sebab pukul 3 petang nak balik semula ke Chiang Mai, sia-sia je kang kalau kena tinggal bas. Ayuhhhh..sebelum mulakan perjalanan, jangan lupa isi minyak motor!



Ke mana destinasi hari ini???

Karen Long Neck Village juga adalah salah satu sebab aku ke Chiang Rai ni. Aku nak tengok sendiri keunikan tribe ini yang sering diperkatakan. Kiranya tak lengkaplah kalau ke Chiang Rai tapi tak sampai ke sini.



Alhamdulillahhhh..kali ni aku tak sesat untuk sampai ke sini! Walaupun mula-mula macam cuak gak sebab jalan nak ke sini sunyi je lepas tu lalu kawasan kebun getah gitu. Nasib baik aku confident yang aku ambil jalan yang betul, kalau tak memang tak sampai lah. Kalau travel sorang ni kau memang 100% kena ikut instinct, sebab takde siapa yang boleh tolong kau buat keputusan melainkan diri sendiri. Take the risk but always be safe! Gittewwww..


scooter yang sama-sama berjuang! hahahha

Parking motor dan beli tiket masuk yang pada aku agak mahal, but maybe this is to preserved the tribe for future generation. Kawasan dia macam dalam hutan lepas tu ada pondok-pondok kecil, dekat pondok tu lah ada beberapa orang perempuan & budak-budak perempuan tengah menenun kain.






You can take photos with them and even try to pun on the heavy metal ring around your neck! Sumpahhh..berat woii! Padahal aku pakai kejap je...gila lah cemana lah diorang boleh pakai seawal umur 5 tahun!



Aku tak lama pun dekat sini sebab berkejar nak balik semula ke hostel dan pulang motor, kang lambat pulang kena bayar extra pulak. Sebelum balik hostel, aku sempah singgah restoran dekat sebelah masjid Darul Aman dan beli nasi beriani! Maklumlah pagi tadi tak breakfast, makan lunch kena lah makan nasi. 
Sampai hostel terus ambil backpack dari dorm and check out, tuan punya motor pun datang nak ambil motor dan pulangkan duit deposit selepas dia yakin takde kerosakan dekat motor. Hehhh..aku rider berhemah kot! Aku lepak dulu kat lobby sambil makan nasi sementara nak tunggu pukul 2.30 untuk bergerak ke bus terminal. Maklumlah dekat je kan!

Bas sepatutnya pukul 3 tapi delayed pulak sampai pukul 3.40 petang, maka menunggulah dengan penuh sabar.
Ok bas dah sampai, jom balik Chiang Mai! Pastikan naik bus yang betul okayyy..tanya je lah banyak-banyak kali pun dekat kaunter tiket demi meyakinkan diri sendiri supaya tak tersalah bas. Takde siapa nak marah melainkan makcik dekat kaunter yang mungkin annoy bila asyik-asyik muka kau je. Hahahaha!

Selamat sampai Chiang Mai bus terminal lebih kurang pukul 8, terus cari sogthew dan bagitau nak ke hostel. Kali ni aku bagitau driver songthew drop aku depan old gate, kira takde lah jauh sangat aku nak menapak ke hostel.

Receptionist hostel dah senyum je tengok aku kembali semula, dia terus bagi aku kunci dorm tanpa banyak soal. Mandi & solat lepas tu aku keluar balik untuk cari dinner. Marilah kita cycling malam-malam menuju ke night market dan mencari kedai makan halal. Aku makan nasi & tom yam, boleh tahan gak harga nya. Huuuu..takpe lah, demi sepinggan nasi.😓 Dah kenyang maka haruslah merayau kat night market cari souvenirs sikit untuk family.

Balik hostel kemas backpack dan sempatlah berborak dengan minah2 saleh yang duduk satu dorm. Masing-masing lama kat Chiang Mai, aku je yang short trip. Hmmmm..entah bila lah nak ada peluang macam diorang ni, jenis travel berbulan-bulan pegi banyak negara. 

Time to sleep!!


Expenses :
1.Chiang Rai
Minyak motor - 40 bhat
Entrance fee Karen - 300 bhat
Lunch - 50 bhat
Mineral water & juice - 57 bhat

2. Chiang Mai
Songthew to hostel - 50 bhat
Hostel - 300 bhat
Juice - 50 bhat
Dinner - 150 bhat
Fridge magnet - 100 bhat
Tshirt (4 pcs) - 600 bhat



Comments

Popular posts from this blog

RESEPI : No-bake Cheesecake (basic)

Backpacking to Perth, Australia (Part 1)

Review : Wisana Village, Redang Island